25 Mac 2009

Dia...jatuh cinta lagi.....


CERITA 1

kata dia: aku sedih... suamiku dah ada yang lain.....
kata aku: mana kau tau...
kata dia: aku terjumpa talifon keduanya...di dalam almari kasut diluar rumah.....
kata aku: selama ni kau tak tau??
kata dia: tak (sendu kedengaran)
kata aku: mungkin kemudahan kerja.....
kata dia: tapi... kata2 cinta dan rindu yang aku jumpa....dalam sms phone tu...
(sendu kedengaran lagi...)
kata aku: apa kau nak buat?
Kata dia: Biarlah dulu…aku sayang rumah tangga aku….aku x boleh hidup tanpa dia…aku x boleh tanpa dia…

(...KLIK...talifon diletak.....)

***

***

*
CERITA 2

kata dia : aku jatuh cinta lagi....
kata aku: kau biar betul...
kata dia: (anggukkan yang aku terima... dengan senyuman yang tersangat manis)
kata aku: kau kan dah kawin....
kata dia: entahlah...tapi aku benar2 jatuh cinta….
Kata aku: laki kau x tau ker??
Kata dia: Tak…
Kata aku: macamana kau berhubung??
Kata dia: aku pakai 2 talifon…
Kata aku: laki kau x jumpa ker phone tu?
Kata dia: aku simpan dalam sarung bantal…. Silentkan setiap saat…. Mana dia perasan….
Kata aku: siapa? Bujang tua ker??
Kata dia: laki orang…( pendek)

DIA adalah orang yang sama….
Cuma cerita 1….2 tahun lalu… dan cerita 2… baru semalam….aku dengar…
Nak salahkan siapa yer???
Dia? Suami dia? Atau orang ketiga?? Atau Phone???.............

Dia minta nasihat aku…..
Aku pun tak layak…nak bagi nasihat….
Aku hanya boleh dengar… nak dengar sebagai apa yerk??!!
dengar sebagai ………..
***
Si kekasih suami??

…. Tulaa kau yang x pandai jaga suami……suamimu perlukan belaian…. Tu yang dia duakan kau….
@

Si kekasih isteri ??

…. Siapa suruh kau hancurkan hati dia yang terlalu lembut halus dan mulus tu??? Kan aku dah ambil alih….

@

si suami??

....awak abaikan saya… gadis tu lagi cantik….dia paham abang….

@

wakil isteri2??

....siapa suruh abang lukakan hati saya??? Saya pun masih ada harga diri….

@

aku ????? kawan???
Sebenarnya…..x boleh salahkan sesiapa….

Aku x berada di tempat mereka….
Aku x tau apa masalah mereka….
Aku hanya boleh berkata….

Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu Ida…

Hanya aku nak katakan di sini…..
Bila kau mendirikan mahligai….
X bermakna
kau boleh kawal dia…. Dia boleh kawal kau….
kau kenal dia….dia kenal kau….
kau tau niat dia….dia tau niat kau…..
kau akan cintakan dia selamanya……dia akan cintakan kau……..

TIDAAKKKK!!!!
Itu x kan berlaku… sekiranya kau lupa…. Kita manusia biasa….
Kau kena sentiasa bersedia….cinta perlu di bajaa… setiap saat dan setiap masa…

*****
***
*

Wahai sang isteri:

kau jangan lupa bahawa hidupmu bukan hanya pada sang suami…..

Bukan bermakna kau harus bergantung harap pada sang suami sehingga kau ditinggalkan….

Kau patah sayap…. Lupa kehidupan yang harus kau teruskan….

TAPI

bukan bermakna kau boleh terlalu ego berdiri

bahawa kau masih mempunyai peminat sendiri

dan terus membelakangkan suami….

*****
***
*

Wahai sang suami:

Kau jangan terlalu dhaif untuk pertahankan keluarga demi...

anak2 walaupun perasaan dan cinta sudah tiada lagi buat isteri….

walaupun kekadang si isteri sudah lupa siapa pasangan dihati….

sehingga kau mendiamkan diri memakan hati…..

TAPI…

bukan bermakna kau boleh syok sendiri

mengabai perasaan dan hati si isteri…

membiarkan mereka sendiri
sedangkan kau berseronok mengalami cinta kedua kali….
*******

Bukan cari salah sesiapa disini….
Maafkan aku lagi ….
andainya catatan ini mengguris perasaan dan hati…
tapi aku x nak menyebelahi sesiapa pun di sini….


Cuma bagi aku… manusia kian terbuka…
mudah menolak mudah menerima…
Lebih baik berterus terang saja….
Jangan biarkan ada hati yang terluka….
Atau sekat kebahagiannya…

Ubat memang pahit…Tapi kalau x mengubati penyakit…. Lagi sakit…
Lebih baik telan ubat yang pahit…..Kerana pahitnya hanya sedikit….
Nak berbanding penyakit yang kian berjangkit…..

13 ulasan:

KTS berkata...

dah jadi trend skrg...

suami bercinta ngan isteri org lain..

isteri bercinta ngan suami org lain..

dara bercinta dgn suami org

teruna bercinta dgn isteri org..


tapi adakah bermakna kita kena telan dan terima saja semua trend tu??
adakah bermakna kita pun kena jadi slh seorang drpd follower trend tu??

pikirlah sendiri...

hikhikhik... hati dan perasaan ni mmg jahat :D.............

kalau kita tak andai kendalikannnya

Syah Shah berkata...

sibok je KTS... aku baru nak bajet jadik first komen... hahahahah :P :P

Tapi betul, sekarang ni tengok dah ramai sangat jadi gitu... terikat, tapi masih mahu yang lain...

gitula dunia akhir zaman sekarang...

dcrysz berkata...

kutaksempurna...
betul...betul...betul...
sbb aku pun kekadang ada jugak yang berapa nak betul....kekekke

syah shah...
a ah kan... takut nak dipikirkan....

iina berkata...

tumpang lalu ye.. lalu jek.. heheheheh..

komen?? no komen... ;)

dcrysz berkata...

iina... sile...sile...sile...laluler...

Syah Shah berkata...

aii... dah renovate umah... heheheheh :D :D

ckLah @xiiinam berkata...

Sungguh.....

Saya juga sedang menulis entrtentang ini...
tentang cinta terlarang...suami orang dan isteri orang....

Tapi saya tak punya kekuatan
untuk menyiarkannya...
takut mengguris hati...
seorang bernama kawan...


Kenapa terjadi demikian....

Inilah yang dikatakan



Skandal mid-life crisis...

berpunca dari cubaan eksepisme..
dari kehidupan yang mula dirasakan bosan...
lalu mengejar hak orang lain...
tiba-tiba menjadi satu cabaran yang menyeronokkan...

muehehehe

Dalam berblog juga...
berhati-hatilah...

ckLah @xiiinam berkata...

Haaa..cam nilah...baru senang aku nak tulis komen...yan sebelum ini...nyampah aku tau..sbb tak boleh baca balik komen sendirik dgn kadar yang segera..mueheheh..

dcrysz berkata...

syah shah...
kejap2 tukau umah x pe...
jgn kejap2 nak tukau skandel...
mau matii...kekekeke

dcrysz berkata...

CKLah...
setuju laa... memula nak buat eksperimen...tetiba tersangkut... tu yg timbul nih...
kekeke... tp kalu dah cikguu tu..ishhh... ganeh bunyinyer...
apa menatang tu?? 'eksepisme'...

dcrysz berkata...

CKLah...
skang dah buleh kadar segerakan???
kekekkee...tulih bebanyak skit yer...

ckLah @xiiinam berkata...

errr...aku eja salah ek...
eskapisme....muehe..he..he


nak test market lah kekdahnye tu....

dcrysz berkata...

CKLah...
owh...pas ni blehlah guna perkataan canggih skit....pergh!!

Jemputlah masuk.....