10 Jun 2009

sEjARaH...........



Ramai yang masih bertanyakan semalam

Kenapa tak tanya untuk hari esok
Ramai yang ingin tahu sejarah silam

Kenapa nak tahu kalau lepas tu hati menjerok


Sejarah adalah perkara yg telah berlalu


Dan ia tetap berlalu


Masa depan adalah perkara yang baru


Dan ia paling perlu






Memang yang baru takkan ada


kalau x ada yang dahulu


Dahulu takkan dikenang sesiapa


kalau x ada yang baru ambil tahu






Susah melupakan sesuatu


kalau ia dikenang selalu


Payah mengingatkan sesuatu


kalau ia diambil mudah begitu





Begitulah lumrah kita manusia, sentiasa ingin tahu sejarah dulu. Sejarah yang dulu meninggalkan kenangan untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman namun bukan untuk diulang siaran. Bukan semua sejarah boleh dikongsikan ada juga yang menjadi simpanan peribadi yang indah untuk dibawa mati & ada juga yang pahit untuk ditelan pergi.

09 Jun 2009

Pesanan buat DEAR!!!!


Berkali sudah aku ingatkan

Berbuih sudah aku bebelkan

Dia bukan milikmu.....


Banyak kali kau usahakan

Banyak kali kau genggamkan

Dia bukan milikmu....


Andainya dia milikmu....

Hanya dengan usaha yang sedikit

Dia akan datang bergolek kepadamu........


Namun andainya...tertulis sudah

Dia bukan milikmu

Bukan menjadi hakmu

Namun kau usahakan hingga ia menjadi milikmu


Kau pasti akan terima padahnya

Kerana ia adalah hak orang lain....

Milik orang lain....


Yang pastinya...mengambil hak orang lain....

Akan terima padahnya

Samada sengsara atau merana..........

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Begitulah jua dalam hal mencari pekerjaan yang sesuai DEAR..........

Andainya kerja itu bukan milikmu....

Maksudnya bukan rezekimu...

Tapi kalau tertulis jawatan itu untuk mu......

Pastinya dgn sedikit usaha.....

Akhirnya pasti kau akan berada di situ....


Percayalah DIA amat menyayangimu....

dan DIA tau nak aturkan hidupmu....

Bersyukurlah kerana DIA sebenarnya amat memeliharamu....

Jemputlah masuk.....