24 Disember 2019

Kembali semula.....

Biarpun orang kata...blogger dah x relevan lagi
Tapi pada aku...
aku suka...
suka sangat….

19 April 2013

Mereka kekasihku....

Dolu satu......................Kini dua....
.
.
.
.
 
Ada dua.... betul...betul... betul....
Percayalah....
.
.
.
menjerit....
Bergaduh....
Menjerit lagi.....
.
.
.
mak tolong adik.....kakak buat......
hua hua hua.....
.
.
.
 
mak tolong kakak..... adik cakar....
huhuhuhuhu
.
.
.
.
Hari2 macam tu....
.
.
.
Kadang2 mengekek...
Kadang menjerit....
.
.
.
teman mak kat umah yang dah hampir decide x nak kerja......
Aci x???
ngeeeeeeee........................

03 Disember 2012

Alhamdulillah.....




Cahaya.........
Menambah warna dalam hidup.

Terang..........
Menunjukkan jalan dengan mudah.

Indah............
Menyerikan suratan hidup.

Berliku..........
Sentiasa memberikan cabaran

Semuanya telah tertulis...........
Dengan Kalam Allah.

Terima kasih
Syukur Alhamdulillah

15 September 2010

KepadaMu Kekasih...


Kepada Mu Kekasih

Aku serahkan

Jiwa dan raga

Jua segalanya.............

Apakah kau akan menerima penyerahan ini

Apakah kau akan menerimaku

Dalam keadaan begini......

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aku terima segala Qada' dan Qadarnya......

Amin....

01 September 2010

Menghitung hari....

Hampir 7 tahun.... penantian....


Berkali kali aku gagal.......

Berkali-kali aku berusaha.....


Dengan tenang aku hadapi....

Dengan redha aku lepaskan yang telah pergi....

Walaupun adakalanya aku hampir menyalahkan diri.....

Tapi aku percaya pada rezeki...



Tuhan amat menyayangi....

Itu yang aku paling pasti....

Kerana aku bakal jadi ibu sekali lagi.......

Setelah gagal hampir 5 kali.......

Ya Allah.....aku bersyukur kepadaMu

Kerana ada kasih yang berlimpah buatku.......

Amiiiin....

02 Mac 2010

Kali Ini.....


Gembirakah aku kali ini???


Terhiburkah aku kali ini???


Sejukkah hati ku kali ini???


Damaikah hatiku kali ini???


Ya KALI INI.......... akan ku pertahankan hakku sebaiknya....

akan rezeki yang KAU berikan pada ku.....



KALI INI akan kujaga.... sebaik mungkin....

Kerana mungkin ia KALI INI...

21 Disember 2009

NAfsU.....(Sambungan.....)


Tina tampak lesu.... dengan kesan birat di bhgn dagu....


Wajah sangat sugul.....


Aku ingat masa dulu... waktu sesama belajar...



Dia sangat chubby.... manis....tapi.....segalanya berubah.....






Kini dia menjadi mangsa umah tangga.....



Kepada seorang suami yang tercinta...






Sudah hampir 6 tahun.... makan bersama... tidur bersama.....

Tetiba... nekad bermula....

kerana sakit tiada kesudahannya....

hanya kerana hadir seseorang diantara mereka....


Tina nekad.....SUDAH nekad.....SANGAT nekad.....

kerana bayinya pergi kerana KEJANTANAN sang SUAMI.....



GUGUR kasih sayang dia...

GUGUR bayi yang dikandungnya....

GUGUR harapannya....


Wahai kaum ADAM.... ingatlah....TUHAN tahu apa yang lakukan.....

Kasihanilah kaum HAWA ini....

Andai CINTAmu tiada lagi.....

lepaskanlah cara baik....dan biarkan pergiiiiiiiiiiiiiiii.......

Jangan sesekali kau biar HAWA ini disakiti.................



15 Disember 2009

NAfsU.....


Lagu separuh jiwaku....dr talifon bimbitku....mengganggu emosi....

memalam nih.... saperlah talifon.....mmmm....lagi 2 jam aku nak balik.....
skang nih kul 12.04tgh malam....

macam tau-tau jer aku kerja memalam nih......



"Nasib baik ko angkat phone nih....."

"Saper nih?" tanya aku.

"Aku laaaa.....Tina (bukan nama sebenar)......"

"Aku dah lari rumah.....Aku dah tak tahan....."

"Kenapa??...ko kat mana???"

"Aku dah lari ke.............Aku dah tak tahan....selalu kena pukul...." sambil teresak-esak.

"Sok aku carik ko kat........."

"Dah, rehat dulu k....."



Itulah dia......seorang wanita.....mangsa dera kepada si suami....

adakah wanita hadir hanya untuk memenuhi kehendak lelaki??? atau...sebagai mengisi kekosongan di hati?? atau....pelepas segala nafsu...termasuk nafsu amarah......

Inilah nasib temanku yang aku tahu sangat pelembut dan terlalu baik hati.....

Kini.... (next episode)



Kawan....ko tunggu aku yer....aku akan cuba menjadi pendengar setia.....

Semoga ko tabah KAWAN....

17 November 2009

Terduga aku.......


Aku diduga kali ini.....

Dugaan yang aku tidak sangka sama sekali..........


Aku diduga lagi....

Dugaan yang hampir aku tak percaya....aku yang mengalami............


Bertahankah aku dengan dugaan kali ini......


Hanya TUHAN yang tahu.....bahawa dugaan ini benar2 pasti.........


Hanya dengan satu panggilan.... luruh rasanya semangat di hati....

Tegakah aku untuk mengalami situasi ini.....


Kecelaruan fikiran dan hati....

Kerana permintaan kali ini....

Dari seorang ibu....yang menjadi semangat dan nadi......


23 Oktober 2009

Sama ker idak???

Buah ati... atau buah jantung....
sama ker idak???

Jantung ati.... atau jantung pisang....
sama ker idak???

Apa yang sama???
Apa yang idak???
Ada idea tak???

mmmm.....kena fokus nih!!!!

18 Oktober 2009

Si rama-rama


Cantik sang rerama....

Secantik itulah budi bahasanya....


Cantik sang rerama...

Akan punah...kerana hilang warna sayapnya....


Cantik sang rerama...

Adalah kerana jati diri menjaganya....


Begitulah wanita.....


Indah warna dan coraknya....sekiranya menjaga batas dan susilanya....

Makin rosak dan pudar sayapnya.... kerana telah disentuh oleh kumbang durjana.....


Apakah masih indah rerama setelah disentuh dan dijamah sayapnya....????


01 September 2009

42 hari...berhibernasi

2 Sept 2009....
aku akan mulakan semula tugasku seperti biasa ditempat kerja....

setelah 42 hari meng'mc'kan diri.....


bermacam perkara berlaku kepada diri ku ini dengan bermulanya cuti mc tersebut....

ada suka...ada duka.....

namun kugagahkan jua kerana kehidupan harus diteruskan....


suka...kerana

1. berpeluang untuk pergi training...dan jumpa kengkawan bhgn selatan n seangkatan....

2. dapat jumpa blogger tegar....yang glemer....kekekkeke

(leh tahanlaaa ensem...nasib baik aku x jatuh cinta).

3. jumpa Gaban Z.........


duka....kerana

1. ada berlaku salah faham antara aku dan gaban Z........ entahlaaaa.




Kat sini aku nak bg tau...andai sesiapa kenal ngan Gaban Z....bagi tau kat dia....

Aku nih mintak maap sesangat....sempena bulan baik nih...maafkanlah aku atas keterlanjuran kata2 aku nih.... yer ler...kenkadang mulut nih terlebih bayau insurans....sedap jer bercakap..... terlupa yg ko nih jenis sensitip.....dan agak ego.....


Banyak kali dah aku cakap dengan dia...kalau nak kawan ngan aku.... hati nak kena kental....atau jenis kamikaze....baru leh selari ngan dak dcrysz.....kekekeek.... tapi dia romantik dan sensitip......aduyaaaiiiii.........


tu yang aku x sanggup......caaaaiiiiirrrrrr!!!!!!!!


Apa pun....aku nak ucap terima kasih atas segalanya........... kerana benarkan aku mengenali seseorang yang aku hormat dan pengakhirannya begini....

Sungguh......maafkan aku!!!


P/s: aku nampak jer berhati waja..... tapi hatiku ini halus mulus dan tulus...kekekekek......... ada yg nak muntah??? sila...sila...sila...batalkan poser anda.....wakakakaka!!!

17 Ogos 2009

Sudah suratan....





Lama benar aku x berkongsi cerita


Cerita suka duka aku yang kian lara


Hebat benar dugaan dariNya


Untuk aku sebagai hambanya




Luka aku kian sembuh.... tapi berparut


itu yang nampak dimata




Luka aku kian bernanah...x nampak parut


itu yang ada didada




Sungguh benar


aku kecewa dengan apa yang pernah aku ada




aku takut dengan apa yang aku rasa




datang dan pergi...


bukan kehendakku...


dah tersurat untukku....mungkin hanya padaku




maafkan aku dengan apa yang dah berlaku


mintak halal dengan apa yang kau dah berikan padaku




Andai sudah suratan itu yang berlaku


kebaikan untukku


aku redha....teng kiu




08 Ogos 2009

Maafkaaaannnnnn aku......




maafkan aku andainya kau terasa

aku tidak melupakanmu

kau tetap dalam hati sanubariku


namun....

masaku agak terbatas kini untuk selalu menghubungimu

atau menjengahmu di lamanmu


Andainya aku ada kesempatan

aku akan selalu melawatmu
ini janjiku

04 Ogos 2009

Aku akan cuba lagiiiiii..........Sungguh!!


aku kian bertenaga...


luka berdarah ITU kian sembuh...

jahitan ITU kian bertaup...

kesakitan ITU kian reda.....


ubat gamat ITU jadi sahabat...

minyak panas ITU jadi penebat...

stokin ITU membuatkanku rasa selamat...


sudah 12 hari aku lalui....

berita gembira yang sepatutnya kuterima...

TAPI...

sakit yang aku rasa....


tegakah aku untuk mencuba lagi???

setelah 4 kali aku lalui???.

walaupun kali ini berbeza skali.......

kerana hanya sebelah sahaja yg berfungsi..........

.

.

.

.

.

.

.

ah...aku mesti cuba lagiiiii..........

walau pun sakit & perit......

.

.

.

aku akan cuba lagiiiiii

.

.

.

.

.

.

tapi wak arjuna x bagi.....kata nya x sanggup tengok aku tersiksa lagi.........

macamana nih??? ngeh ngeh ngeh

.

.

.

.

.


P/s: nilah dia....kalau sekali gugur... kali 2 gugur... kali 3 gugur beserta tumpah darah.....

dan kali 4.... ngandung luar rahim... dan dibuang kilang sebelah......huhuhuhuhu.....

pun masih x serik nak mencuba lagiiiii.............. bolehkan???


28 Julai 2009

Ya Tuhan!!!!




Ya Tuhan.......

Aku pasrah.....andai ini bahagianku

Namun

Ku pohon pada Mu agar
diringankan beban kesakitan yang kutanggung ini......



Amin.....

19 Jun 2009

wAnITa iTu!!!!!!!!!!!!

Kata lelaki itu.................................
Wanita itu....

Wajahnya menikam kalbu

Tidak terlalu cantik tp tampak bersih dan naif


Wanita itu....

Hatinya mencairkan jiwa

Bersopan santun lemah gemalai lakunya


Wanita itu....

Senyumannya mempersona

Terlalu telus kasih dan sayangnya


Siapakah dia???

Hatiku tertanya-tanya

Namun akhirnya terjawab jua.....

Wanita itu milik mutlak suaminya.........

Wanita itu...

Dialah wanita yang bisa mencarik hati lelakiku

Ah!!! Dialah wanita itu...
.
.
.
.
..


Kata aku.....................


Salahkah wanita itu kerana
lembut bahasanya.....
gemalai lakunya....
cantik senyumannya....
kerana ia memang dilahirkan begitu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Zalimkah wanita itu kerana dia memang dilahirkan dengan kaya dengan kasih sayang???
Sifat keibuan yang ada padanya..... bukannya apa-apa.
.
.
.
.
.
.
.
Wahai lelaki....
Wanita itu.......memang begitu...
Jangan kau termangu-mangu
Pabila cinta dan kasihmu
Dibalas dengan hempedu
kerana dia dilahirkan bukan untukmu............
.
.
.
.
Bukan mudah untuk terima sebuah hakikat pabila wanita yang diidamkan itu adalah milik orang & janganlah terlalu mudah untuk jatuh cinta dengan wanita yang sememangnya kaya dengan kasih sayang....
kerana itu semua bukan permintaan mereka dilahirkan begitu.................

10 Jun 2009

sEjARaH...........



Ramai yang masih bertanyakan semalam

Kenapa tak tanya untuk hari esok
Ramai yang ingin tahu sejarah silam

Kenapa nak tahu kalau lepas tu hati menjerok


Sejarah adalah perkara yg telah berlalu


Dan ia tetap berlalu


Masa depan adalah perkara yang baru


Dan ia paling perlu






Memang yang baru takkan ada


kalau x ada yang dahulu


Dahulu takkan dikenang sesiapa


kalau x ada yang baru ambil tahu






Susah melupakan sesuatu


kalau ia dikenang selalu


Payah mengingatkan sesuatu


kalau ia diambil mudah begitu





Begitulah lumrah kita manusia, sentiasa ingin tahu sejarah dulu. Sejarah yang dulu meninggalkan kenangan untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman namun bukan untuk diulang siaran. Bukan semua sejarah boleh dikongsikan ada juga yang menjadi simpanan peribadi yang indah untuk dibawa mati & ada juga yang pahit untuk ditelan pergi.

09 Jun 2009

Pesanan buat DEAR!!!!


Berkali sudah aku ingatkan

Berbuih sudah aku bebelkan

Dia bukan milikmu.....


Banyak kali kau usahakan

Banyak kali kau genggamkan

Dia bukan milikmu....


Andainya dia milikmu....

Hanya dengan usaha yang sedikit

Dia akan datang bergolek kepadamu........


Namun andainya...tertulis sudah

Dia bukan milikmu

Bukan menjadi hakmu

Namun kau usahakan hingga ia menjadi milikmu


Kau pasti akan terima padahnya

Kerana ia adalah hak orang lain....

Milik orang lain....


Yang pastinya...mengambil hak orang lain....

Akan terima padahnya

Samada sengsara atau merana..........

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Begitulah jua dalam hal mencari pekerjaan yang sesuai DEAR..........

Andainya kerja itu bukan milikmu....

Maksudnya bukan rezekimu...

Tapi kalau tertulis jawatan itu untuk mu......

Pastinya dgn sedikit usaha.....

Akhirnya pasti kau akan berada di situ....


Percayalah DIA amat menyayangimu....

dan DIA tau nak aturkan hidupmu....

Bersyukurlah kerana DIA sebenarnya amat memeliharamu....

06 Jun 2009

Hallllluuuuuuuuuuuuu!!!!!!


I'm kambing!!!!!!!...... eh salah.....

I'm coming...........!!!!!!!!!

hehehehehe


Setelah menjalani proses hibernasi yg agak panjang......

Aku akan mengganas semula selepas ini...

InsyaAllah........


Begitu lama jugak amik masa untuk fokus kejer BARU nih......

dan selepas 25 ari ditempat BARU........

Aku dah dapat........


tangga gaji BARU.....

kawan BARU....

kejer2 BARU.....

environment BARU.....

masalah BARU......

bos BARU....

big bos BARU yg agak ensem.....hehehehehehe

(KTS...jgn jeleslaaaa yer...... dah ditakdirkan seumur idupku dpt bos2 yg mmg kategori ensem belaka......)

adik2 BARU.....

segala2nya BARU...............


Dan aku cuba jadi orang BARU disamping proses org BARU.....hehehheheheeheh

(Tijah paham tu....aku tau.......)


Suka....duka

aku hadap

Pahit..... manis

aku telan

Aku anggap semua ini cabaran.......


Memula memang rasa down....sedih.....

tp rasanya seminggu pertama jer.....

masuk minggu kedua.......dah mula rasa best........

dan skang nih rasa macam........

CABARAN yang aku perlu hadap........

dan benda baru yang akan aku LALU........

AKU MESTI !!!!!!!

Sebab akulah dcrysz!!!!

atau nama BARU aku kat tempat baru.............DAZ!!!

(lain sungguh bunyinyer..... tp tulaaa nama big bos ensem aku tu panggil.......kekekekeke)

Jemputlah masuk.....