
Satu hari dia melahirkan cinta...
Dia berkata kepada kekasihnya....
Aku menyintaimu... kita bersama kerana cinta
Satu hari selepas perkahwinan mereka...
Dia berkata kepada suaminya....
Aku menyintaimu.... kita bersama kerana cinta
Satu hari selepas dikurnai cahaya mata....
Dia berkata kepada bapa kepada anaknya....
Aku menyintaimu.... kita bersama kerana cinta

Sehari selepas berpisah....
Dia berkata kepada bekas kekasih, suami & bapa kepada anaknya
Aku menyintaimu..... kita berpisah juga kerana cinta
.
.
.
.
.
kerana aku ingin kau bahagia bersama sidia...
kerana aku ingin kau gembira dengan cinta kedua kalinya...
kerana maksud cinta juga adalah berkorban jiwa dan raga demi orang yang dicintai...

Itulah perihal cinta. Mudah untuk diperkata, payah untuk melaksanakannya. Cinta boleh datang dan pergi tanpa pengetahuan empunya diri itu sendiri.
Sedang sedih kita masih lagi boleh tersenyum, sedang gembira kita masih lagi boleh merembeskan airmata. Cinta boleh datang dan menerjah kepada sesiapa sahaja. Kepada mereka yang solo dan juga kepada yang sudah berpunya.
Cinta yang membuatkan kita rasa sakit. Cinta juga yang membuatkan kita rasa sihat. Cinta yang membuatkan kita rasa hebat sentiasa. Cinta adalah segalanya...........
Sanggupkah kita bekorban demi cinta?? Tidak ada sesiapa yang sanggup sesungguhnya. Tapi sesungguhnya, sang pencinta terpaksa terima buruk dan baiknya apa-apa pun...... perihal CINTA